Monday, October 29, 2007

Sup Belut

Bahan-Bahan

1 ekor belut di bersihkan
600 ml air

Bahan untuk di kisar halus

10 ulas bawang merah
5 cm halia
3 ulas bawang putih

2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
2 sudu makan minyak
1 bungkus sup bunjut
garam dan lada sulah secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan periuk. Masukkan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga kering.
  2. Masukkan air bersama dengan sup bunjut dan belut. Biarkan mendidih menggunakan api sederhana.
  3. Masukkan garam, lada sulah, daun sup dan daun bawang.
  4. Tutup api dan biarkan seketika……… kemudian hidangkan

Cadangan Masakan

hidangan untuk 5 orang

Friday, October 26, 2007

Daging Belut Makin Popular

Ramai yang terasa geli mengenangkan belut yang fizikalnya seperti ular boleh dimakan sesetengah orang, tetapi sekali menikmati keenakannya, ramai yang terpikat kepada masakan berasaskan hidupan air itu. Hakikatnya, belum cuba, belum tahu! hanya itu yang boleh digambarkan terhadap keenakan belut yang kini boleh dimasak dengan pelbagai resipi yang digemari.

Rasa daging belut yang manis serta penuh berkhasiat membuatkan ramai menyukainya walaupun sebelum itu ramai yang terasa geli untuk memakannya. Pemilik Restoran Belut Paya Lada dekat Kadok, Kota Bharu, Rosmadi Mat Soh, 34, mengakui ramai orang menggelengkan kepala kerana geli apabila diajak makan masakan belut.

"Di restoran saya, kami menyediakan pelbagai menu berasaskan belut seperti masak paprik, tomyam, goreng halia, sup belut dan bermacam-macam masakan panas lain.
"Malah, mi segera belut juga semakin popular di kalangan pelanggan kerana rasanya berbeza berbanding mi segera yang diletakkan daging atau ayam," katanya yang menyajikan mi dan bihun rebus belut.

Perangkap belut Sawah dengan kelapa parut

Belut (Monopterus albus) yang banyak terdapat dalam sawah di sekitar Kuala Rompin menjadi buruan kumpulan kaki pancingnya yang tersendiri. Sebaik sawah dikering dan dibersihkan, atau selepas kerja penuaian padi, pemburuan untuk mendapatkan belut bermula. Selain kawasan sawah padi, belut yang gemar kawasan berlumpur turut boleh ditemui pada tebing sungai air tawar.

Biasanya, perasaan dan rasa geli yang cukup tinggi, menyebabkan ramai orang takut menyentuh atau memegang belut. Sebaliknya, belut yang berinsang seperti ikan serta menyerupai ular tidaklah seganas disangkakan. Spesies ini dikatakan mempunyai khasiat serta nilai pemakanan yang tinggi. Ia dikategorikan spesies ikan yang memiliki kandungan minyak yang tinggi. Malah dikatakan kerana minyak inilah, belut sukar dipegang.

Kajian menunjukkan kandungan pemakanan belut setanding ikan tenggiri dan selar. Belut mengandungi protein sejumlah 18.6 peratus dan 15 peratus lemak. Juga, mengandungi kalsium, vitamin A, B, dan D serta zat besi serta dapat memanaskan badan pemakannya.Banyak makanan menggunakan belut sebagai pelazat makanan.

Kunjungan ke utara, tidak lengkap tanpa laksa utara, laksa Kedah dan laksa Perlis yang mengandungi belut. Manakala sup belut dan sup belut tom yam menjadi pilihan utama pengunjung ke Pantai Timur.

Belut juga lazat dimakan dengan cara dipanggang. Namun, kulit, ekor dan kepalanya mesti dibuang terlebih dulu. Rasa hanyir pada belut dapat dihindari dengan memerah air asam serta garam bagi membuangkan rasa dan baunya. Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit. Bagi pengidap buah pinggang, belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu.

Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah caranya, limpa belut salai, kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia. Selain itu amalan meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah. Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru selepas pembedahan bagi menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat.

Penangkap belut, Khairil Izhan Azizan, berkata belut sawah ditangkap menggunakan tali pancing atau seruas buluh berumpan kelapa. Ada pemancing menggunakan umpan udang hidup bagi memerangkap belut di sawah. Katanya, belut berkeupayaan mendiami habitat pada kedalaman sehingga 3 meter.

Di Kuala Rompin, belut dicari di sawah Tebu Hitam, Pianggu, Setajam dan Simpang Sepayang. Belut dijual kepada pengusaha restoran atau peraih dengan harga RM6 sekilogram.

Pengenalan


Belut (ordo Anguilliformes) merupakan jenis haiwan air tawar dengan bentuk tubuh bulat memanjang yang hanya memiliki sirip punggung dan tubuhnya licin. Belut suka memakan anak-anak ikan yang masih kecil. Biasanya hidup di sawah-sawah, di rawa-rawa/lumpur dan di tali air. Di Indonesia sejak tahun 1979, belut mulai dikenal dan digemari, hingga saat ini belut banyak dibudidayakan dan menjadi salah satu produk eksport ke luar negara.


Belut terdiri atas 4 jenis, 19 famili, 110 genera, dan 400 spesies. Belut ada sejenis haiwan pemangsa. Bergantung spesiesnya, panjang seekor belut berkisar antara 10 cm hingga 3 meter, dan memiliki berat sehingga 65 kg. Kitaran belut masih merupakan sebuah misteri untuk waktu yang lama, sebab larva belut terlihat sangat berbeza dari belut dewasa, dan dianggap sebagai spesies yang berbeza.

Tempahan / Order

Kami mengalu - alukan tempahan dari anda.
top