Friday, October 26, 2007

Daging Belut Makin Popular

Ramai yang terasa geli mengenangkan belut yang fizikalnya seperti ular boleh dimakan sesetengah orang, tetapi sekali menikmati keenakannya, ramai yang terpikat kepada masakan berasaskan hidupan air itu. Hakikatnya, belum cuba, belum tahu! hanya itu yang boleh digambarkan terhadap keenakan belut yang kini boleh dimasak dengan pelbagai resipi yang digemari.

Rasa daging belut yang manis serta penuh berkhasiat membuatkan ramai menyukainya walaupun sebelum itu ramai yang terasa geli untuk memakannya. Pemilik Restoran Belut Paya Lada dekat Kadok, Kota Bharu, Rosmadi Mat Soh, 34, mengakui ramai orang menggelengkan kepala kerana geli apabila diajak makan masakan belut.

"Di restoran saya, kami menyediakan pelbagai menu berasaskan belut seperti masak paprik, tomyam, goreng halia, sup belut dan bermacam-macam masakan panas lain.
"Malah, mi segera belut juga semakin popular di kalangan pelanggan kerana rasanya berbeza berbanding mi segera yang diletakkan daging atau ayam," katanya yang menyajikan mi dan bihun rebus belut.
top